Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
i-sayang

Kerajaan umum inisiatif i-Sayang KWSP: Ini syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Posted on March 14, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah juga apabila pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan inisiatif i-Sayang. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan inisiatif ini: –

i-Sayang KWSP

i-Sayang pada asasnya adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan untuk memberi pilihan kepada suami (pemberi) memindahkan 2 peratus caruman syer pekerja yang diterimanya daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).

Permohonan ini adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dibuat secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.

Syarat-syarat Kelayakan

Syarat-syarat bagi suami

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara;
  • Ahli KWSP;
  • Belum mencapai umur 75 tahun;
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia.

Syarat-syarat bagi isteri

  • Warganegara Malaysia;
  • Ahli KWSP;
  • Belum mencapai umur 75 tahun;
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan inisiatif ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui i-Akaun KWSP.

Permohonan juga boleh dibuat secara manual di Pejabat KWSP  berhampiran dengan mengisi Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) dengan lengkap.

Dimaklumkan bahawa, pembatalan tidak boleh dibuat kepada pendaftaran i-Sayang yang telah diluluskan tanpa apa-apa sebab. Suami (pemberi) hanya boleh membuat pembatalan jika berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima).

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan i-Sayang, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Feb   Apr »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme