Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Bantuan e-Wallet

Senarai penerima & cara menebus Bantuan e-Wallet RM200 yang dikreditkan tahun ini

Posted on March 12, 2023March 12, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.

Antaranya adalah bantuan e-Tunai atau e-Wallet kepada rakyat Malaysia yang layak: –

Bantuan e-Wallet RM200

Bantuan e-Tunai/e-Wallet di bawah Belanjawan 2023 ini akan dikenali sebagai Kredit e-Tunai Belia Rahmah.

Bantuan ini pada asasnya akan melibatkan jumlah e-Tunai sebanyak RM200 dengan peruntuk dari Kerajaan sebanyak RM400 juta.

Mereka yang layak itu adalah para belia berusia antara 18 hingga 20 tahun.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

“Akhir sekali tidak dilupakan, kepada 2 juta orang belia 18 hingga 20 tahun, Kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta.” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023.

Penebusan e-Wallet

Untuk maklumat penebusannya pula, ia berkemungkinan akan dilaksanakan seperti mana bantuan-bantuan e-Tunai sebelum ini iaitu melalui platform-platform e-Tunai seperti TNG e-wallet, Grab, Boost dan sebagainya.

Maklumat rasmi berkenaan bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan selepas Belanjawan 2023 diluluskan di Dewan Rakyat.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Feb   Apr »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme