Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
jabatan komunikasi

Pelbagai jawatan kosong ditawarkan di Jabatan Komunikasi Komuniti, JPM: Gaji sehingga RM9,544

Posted on March 6, 2023 by Admin

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Komunikasi Komuniti, Jabatan Perdana Menteri (JKOM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong Jabatan Komunikasi Komuniti

  1. PEGAWAI PENERANGAN GRED S41 
    • Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
    • Jadual Gaji : RM2,078 – RM9,544
  2. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S29
    • Kumpulan : Pelaksana
    • Jadual Gaji : RM1,493 – RM5,672

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan (Borang J-KOM 1/2023) dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Sijil-sijil Persekolahan;
  • Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara (jika berkenaan);
  • Transkrip keputusan peperiksaan semua semester (jika yang berkenaan);
  • Sekeping gambar ukuran passport (berwarna).

Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri sampul surat permohonan dan dihantar ke alamat:

Jabatan Komunikasi Komuniti
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Setia Perdana 3
Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 WP PUTRAJAYA
(u.p.: Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran)

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 07 MAC 2023 (SELASA).

Maklumat lebih terperinci (rasmi) berkenaan kekosongan boleh dilihat DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Feb   Apr »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme