Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
uitm

UiTM buka pengambilan jawatan besar-besaran dengan gaji RM2,300 – RM2,800: Ini cara memohon

Posted on February 25, 2023 by Admin

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Kampus Arau kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong UiTM

  1. PENSYARAH SAMBILAN SEPENUH MASA (PTFT)
    • Bidang: Pengurusan; Keusahawanan; Sains Sukan; Pengurusan Sukan; Multimedia; Teknologi Maklumat dan banyak lagi
    • Jadual Gaji: RM2,300 – RM2,800
  2. PENSYARAH SAMBILAN (PT)
    • Bidang: Bahasa Jepun

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan dan melampirkannya bersama dokumen-dokumen (disahkan) berikut:

  • Kad Pengenalan;
  • Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf;
  • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol & Transkrip Akademik Terperinci)

Ia kemudiannya boleh dihantar ke alamat:

Timbalan Pendaftar
Bahagian Pentadbiran
UiTM Cawangan Perlis
02600 Arau Perlis

Selain itu, permohonan juga boleh dibuat dengan mengemukakan borang permohonan dan dokumen yang telah disahkan ke PAUTAN INI.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 28 MAC 2023 (SELASA).

Maklumat lebih terperinci (rasmi) berkenaan kekosongan dan Borang Permohonan boleh dilihat DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme