Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan tunai

Bantuan Tunai RM800 akan dibayar selama 3 bulan pada tahun ini: Berikut senarai penerima yang layak

Posted on February 25, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.

Antaranya adalah bantuan kewangan sebanyak RM800 kepada yang layak: –

Bantuan Kewangan RM800

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, khususnya para pesawah – pihak Kerajaan akan meneruskan pelbagai subsidi dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma dengan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.

Dalam masa sama, sumbangan tunai turut diberikan kepada para pesawah padi dengan kadar sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim melibatkan 240 ribu pesawah dengan peruntukan RM228 juta.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini, bantuan kepada para pesawah adalah hasil kerjasama antara pihak Kerajaan dan Padiberas Nasional Bhd (BERNAS).

Ini kerana, BERNAS telah bersetuju untuk menyumbangkan RM60 juta bagi membantu para pesawah.

Namun begitu, nampaknya pihak BERNAS turut bersetuju bagi membuat perkongsian keuntungan daripada import beras dengan
menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi.

Untuk info lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023, ia boleh dilihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme