Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Unimel

UNIMEL buka pengambilan jawatan kosong besar-besaran: Kelayakan dari PT3 hingga Ijazah

Posted on February 17, 2023 by Admin

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Melaka (UNIMEL) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong UNIMEL

  1. PENSYARAH (DG 41) (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)
  2. PENSYARAH (DG 41) (BAHASA MANDARIN)
  3. PENSYARAH (DG 41) (TAHFIZ AL-QURAN & WAL QIRAAT)
  4. PENSYARAH (DG 41) (KAUNSELING)
  5. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN) (GRED F41)
  6. PEGAWAI KOMUNIKASI KORPORAT (GRED N41)
  7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N29)
  8. PENGAWAL KESELAMATAN (GRED KP11)
  9. PEMANDU KENDERAAN (GRED H11)
  10. PEKERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP DAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan UNIMEL secara lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan dan salinan yang disahkan berikut:

  • Resume / butir-butir peribadi dan salinan kad pengenalan pemohon;
  • Salinan kelayakan dan dokumen yang berkaitan (wajib)
  • Slip gaji 3 bulan terkini (sekiranya ada).

Nama jawatan dipohon hendaklah ditulis di sebelah kiri sampul surat permohonan dan dihantar ke alamat:

PENDAFTAR
UNIVERSITI MELAKA
BATU 28, KUALA SUNGAI BARU
78200 MELAKA
(U/P: UNIT PERJAWATAN)

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 21 FEBRUARI 2023 (SELASA).

Maklumat lebih terperinci (rasmi) berkenaan kekosongan boleh dilihat DI SINI dan Borang Permohonan DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme