Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
MPKL

Pengambilan jawatan kosong penjawat awam besar-besaran di MPKL: Gaji sehingga RM9,618

Posted on January 28, 2023 by Admin

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong MPKL

  1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
  2. JURUTERA J41
  3. PEGAWAI VETERINAR GV41
  4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
  5. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29
  6. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN DAN PERSEKITARAN U29
  7. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29
    8. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29
  8. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
  9. SETIAUSAHA PEJABAT N29
  10. PEMBANTU TADBIR(PERKERANIAN/OPERASI) N19
  11. PEMBANTU AWAM H11

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
  • Jadual gaji dari RM1,218 hingga RM9,618 mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan jawatan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan yang boleh diperolehi di Bahagian Sumber Manusia, MPKL atau di laman web rasmi MPKL.

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen (disahkan) berikut:

  • Gambar berukuran pasport;
  • Salinan kad pengenalan pemohon;
  • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa pemohon;
  • Salinan sijil kelahiran pemohon;
  • Salinan sijil kelahiran ibu dan bapa pemohon;
  • Salinan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum;
  • Salinan sijil-sijil penghargaan.

Sijil dan diploma perlu disertakan bersama-sama surat pengiktirafan kelayakan perkhidmatan awam dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Nama jawatan hendaklah dicatat di penjuru kanan sampul surat dan dihantar ke alamat:

Bahagian Sumber Manusia,
Jabatan Khidmat Pengurusan,
Majlis Perbandaran Kuala Langat,
Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah,
42700 BANTING

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 01 FEBRAURI 2023 (RABU), JAM 4.30 PETANG.

Info rasmi kekosongan dan borang permohonan jawatan boleh didapati DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme