Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
myipo

MyIPO buka pengambilan banyak jawatan kosong sesi tahun 2023: Skala gaji sehingga RM9,630

Posted on January 5, 2023 by Admin

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong MyIPO

  1. PEGAWAI PEMERIKSA PATEN
    • Skala Gaji: RM2,688 – RM9,630
  2. PEGAWAI HARTA INTELEK
    • Skala Gaji: RM2,688 – RM9,630
  3. PEGAWAI KOMUNIKASI KORPORAT 
    • Skala Gaji: RM2,688 – RM9,630
  4. PENOLONG PEGAWAI KOMUNIKASI KORPORAT 
    • Skala Gaji: RM1,963 – RM6,123
  5. PEMANDU
    • Skala Gaji: RM1,188 – RM3,251

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

  • Temuduga terbuka jawatan kosong terkini di Jabatan Perangkaan: Gaji RM1,700 hingga RM1,900
  • Temuduga Terbuka Polis Bantuan di Bank Negara Malaysia (BNM): Berikut tarikh & masa temuduga

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan jawatan hendaklah dibuat dengan mengisi BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MyIPO secara lengkap dan dilampirkam bersama sesalinan sijil-sijil dan gambar berukuran pasport terkini.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dimohon di sebelah kiri atas sampul surat dan dihantar ke alamat:

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
UNIT B-18-1, MENARA UOA BANGSAR
NO. 5 JALAN BANGSAR UTAMA 1
59000 KUALA LUMPUR
(u.p.: Bahagian Sumber Manusia)

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 16 JANUARI 2023 (ISNIN).

Maklumat rasmi kekosongan jawatan DI SINI dan borang permohonan boleh didapati DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme