Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Bantuan Am Persekutuan

Bantuan Kewangan RM100 – RM350 setiap bulan: Ini cara memohon Bantuan Am Persekutuan

Posted on December 20, 2022 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah apabila Bantuan Am Persekutuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini:-

Kadar Bantuan Am Persekutuan

Bantuan kewangan ini melibatkan jumlah sebanyak minimum RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga.

Objektif utama bantuan ini adalah bagi diberikan kepada individu atau keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

  • Senarai penerima Bantuan Khas Kewangan minimum RM1,200 yang dibayar pada bulan ini
  • Bantuan Bina & Baiki Rumah untuk golongan B40 diteruskan tahun depan: Ini cara memohonnya

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Bagi melancarkan urusan permohonan, pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini dilihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
December 2022
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Nov   Jan »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme