Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
SIPU

Pendapatan isi rumah RM4,849 & ke bawah: Berikut cara memohon Bantuan SIPU RM500 ‘one-off’

Posted on December 18, 2022 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Skim Insentif Pelajar UCAM (SIPU) di bawah RISDA yang membabitkan sumbangan kewangan sebanyak RM500 secara one-off.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan SIPU

  • Anak kepada: Pekebun Kecil / staf RISDA / staf SMR / pesara RISDA;
  • Keutamaan diberikan kepada anak Pekebun Kecil;
  • Pendapatan isi rumah RM4,849.00 dan ke bawah sebulan;
  • Telah melapor diri di University College Agroscience Malaysia (UCAM);
  • Permohonan dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran di UCAM;
  • Pelajar Tahun Pertama (semester 1) di UCAM sahaja;
  • Peringkat Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama sahaja (sepenuh masa).

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

  • Cara memohon Bantuan Kewangan BAP RM250 hingga RM500 yang dibayar setiap bulan
  • Pengambilan jawatan kosong terkini di UUM sesi akhir tahun 2022: Gaji RM5,855 – RM13,235

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Skim Bantuan Yayasan RISDA (pindaan 2022).

Ia kemudiannya perlu dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen berikut:

  • Kad pengenalan pelajar;
  • Kad pengenalan ibu & bapa /penjaga yang sah;
  • Sebarang dokumen pengesahan kelulusan tanam semula (Pekebun Kecil) atau Kad Pekerja/Pesara (warga RISDA/SMR/ Pesara);
  • Pengesahan pendapatan / penyata gaji yang telah disahkan;
  • Surat tawaran;
  • Resit Bayaran pengajian UCAM (Kemasukan UCAM).

Ia seterusnya perlu dikemukakan ke Pejabat RISDA terdekat untuk tujuan pengesahan.

Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini dilihat di Portal Rasmi RISDA – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
December 2022
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Nov   Jan »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme