Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
BKM Tambahan

BKM Fasa 4 telah mula dikreditkan: Berikut senarai mereka yang layak dapat BKM Tambahan RM500

Posted on November 15, 2022 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya termasuklah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diperkenalkan di bawah Bajet 2022. Pada ketika ini, BKM akan masuk ke Fasa 4 iaitu fasa terakhir bagi tahun 2022.

Ia pada asasnya adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Selain pembayaran asas, bantuan ini turut membabitkan pembayaran BKM Tambahan kepada mereka yang layak.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BKM Tambahan:-

Senarai Penerima BKM Tambahan

  • Tambahan RM500: Kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat;
  • Tambahan RM300: Kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas.

Tarikh Pembayaran BKM Fasa 4

Pada rancangan awalnya, pembayaran BKM Fasa 4 akan dilaksanakan pada bulan Disember 2022. Akan tetapi, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk mempercepatkan pembayarannya mulai 15 November 2022.

Baca juga:

  • Kerajaan Negeri Setuju Naikkan Bantuan IKPP Kepada RM250: Ini Senarai Penerima Yang Layak
  • Notis Penting BSN: Tarikh Mula Bayaran BKM Fasa 4 Masuk Ke Akaun Bank Penerima

Seperti mana sebelum ini, pembayaran BKM Fasa 4 akan dilaksanakan dengan kaedah-kaedah berikut:

  • Kredit ke akaun bank: Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat;
  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN: Kaedah ini boleh dibuat oleh mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau berstatus gagal kredit akibat akaun tidak aktif atau akaun ditutup.

Untuk maklumat lengkap dan lanjut berkenaan BKM, ia boleh diteliti di Portal Rasmi BKM – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme