Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Cara mohon Bantuan RM200 untuk B40 & M40: Permohonan dibuka sehingga 3 Disember 2022

Posted on October 22, 2022 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya termasuklah bantuan-bantuan di bawah Kerajaan Negeri atau Persekutuan yang diperuntukkan kepada yang berlelayakan.

Salah satunya adalah Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor Rendah & Menengah (SPZAS Ren & Men) di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang kini telah dibuka permohonanya.

Bantuan ini pada asasnya bertujuan membantu golongan B40 dan M40 bagi meringankan beban kos pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah pada tahun 2022.

Kadar Bantuan

Kadar sumbangan SPZAS Ren & Men yang ditetapkan sebanyak RM200 merangkumi anak-anak yang bersekolah pada peringkat:

  • Pra-Sekolah/Tadika;
  • Sekolah Rendah Kebangsaan;
  • Sokolah Menengah;
  • Sekolah Rendah Agama.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Beragama Islam;
  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada 3 tahun;
  • Permohonan hanya untuk pra sekolah/tadika (5 & 6 tahun) hingga tingkatan lima (sesi persekolahan 2022 sahaja);
  • Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi daripada Haddul Kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf, namun jumlah lebihan tersebut tidak melebihi nilai maksimum RM11,000.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Zakat Selangor.

Pemohon juga perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan berikut ketika membuat permohonan:

  • Kad pengenalan ketua keluarga;
  • Kad pengenalan pasangan;
  • Borang A (Borang Pengesahan Bermastautin, Pendapatan Seisi Keluarga);
  • Borang B (Borang Pengesahan Sekolah Rendah & Menengah SPZAS LZS (MAIS);
  • Penyata akaun bank ketua keluarga;
  • Penyata / slip gaji ketua keluarga/pasangan dan tanggungan lain (sekiranya pendapatan melalui kerja bermajikan).

Tarikh permohonan bantuan ini dibuka bermula pada 3 Oktober hingga 3 Disember 2022.

Maklumat lebih lengkap berkenaan sumbangan ini, sila teliti di Portal Rasmi LZS – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2022
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme