Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Tarikh pembayaran Bantuan Kewangan RM150 ‘one-off’ untuk semua tanpa kira jumlah pendapatan

Posted on October 17, 2022 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya adalah melalui Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri  Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, 7 Oktober 2022 lalu.

Salah satu inisiatif yang diperkenalkan di bawah Bajet 2023 adalah apabila Kerajaan bersetuju meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dengan menaikkannya kepada RM150 berbanding RM100 sebelum ini.

Dimakluman juga bahawa, pemberian BAP bagi tahun 2023 akan disalurkan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa mereka dengan peruntukan sebanyak RM825 juta.

“Sebagai contoh, jika sebuah keluarga mempunyai tiga orang anak bersekolah, maka mereka layak menerima BAP sebanyak RM450,” kata Tengku Datuk Seri  Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023.

Pembayaran BAP akan disalurkan pada bulan Januari 2023 sesuai deengan tujuannya untuk meringankan beban ibu bapa yang menyara anak-anak bersekolah.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut akan menaikkan kadar makanan bermasak Rancangan Makanan Tambahan (RMT) daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung, dan RM4 berbanding RM3 sebelum ini bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Program ini akan membabitkan peruntukan sebanyak RM777 juta dan akan memanfaatkan lebih 800,000 murid serta 7,300 pengusaha makanan dan pembekal susu tempatan.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan-bantuan dan inisiatif-inisiatif di bawah Bajet 2023 boleh diteliti DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2022
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme