Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Bantuan RM20,000 untuk bina rumah sendiri: Ini cara memohon Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Posted on October 16, 2022 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya adalah melalui Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri  Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, 7 Oktober lalu.

Salah satu yang menarik perhatian adalah pihak Kerajaan setuju meneruskan skim bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi tahun 2023. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan RMR ini:

Ciri-ciri Rumah RMR

Konsep RMR ini adalah rumah sesebuah satu tingkat dengan 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air yang boleh dibina di tanah sendiri. Keluasan rumah pula adalah 750 kps.

Harga sebuah rumah RMR adalah RM75,000 dan RM85,000 mengikut kawasan dengan subsidi pembinaan sebanyak RM20,000.

Pembiayaan rumah ini pula adalah diuruskan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan pembayaran balik melalui kaunter BSN/Bank Islam dan Sistem Jompay.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon mestilah berumur 18 – 65 tahun;
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000;
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna;
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan;
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk);
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan RMR boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan RMR.

Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti mana yang ditetapkan oleh pihak SPNB.

Maklumat lengkap dan lebih teliti berkenaan RMR, dokumen-dokumen dan tatacara permohonan boleh dirujuk di Portal Rasmi SPNB – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2022
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme