Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Setiap Pasangan Yang Berpendapatan RM5,000 & Ke Bawah Layak Menerima Insentif OMJ RM1,000. Ini Cara Memohon

Posted on July 18, 2022 by Admin Gov

Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah insentif OMJ yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program insentif OMJ yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan

Melalui insentif Orang Muda Johor (OMJ), Bantuan Raja Sehari sebanyak RM1,000 kepada pasangan pengantin pertama kali berkahwin di negeri Johor kini dibuka untuk bukan anak jati Johor.

Syarat Kelayakan

  1. Orang Muda Johor berumur 40 tahun ke bawah.
  2. Bermastautin dalam negeri Johor melebihi 3 tahun
  3. Perkahwinan kali pertama sahaja dan didaftarkan di Negeri
  4. Johor dari tarikh 14 April hingga 31 Disember 2022.
  5. Pendapatan suami dan isteri berjumlah RM5,000.00 ke bawah
  6. Permohonan dibuat bermula pada 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2022 sahaja.
  7. Pemohon (suami atau isteri) hendaklah hadir sendiri menghantar permohonan di kaunter Pejabat Kadi Daerah.
  8. Satu pasangan layak memohon sekali sahaja bantuan ini.

Cara Memohon

Muat turun dan isi borang seperti yang disedikan di pautan berikut: MUAT TURUN BORANG (KLIK SINI)

Pemohon (suami atau isteri) hendaklah hadir sendiri menghantar permohonan di kaunter Pejabat Kadi Daerah.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2022
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme