Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Permohonan Bantuan Kewangan TAPEM ‘One Off’ RM300-RM400 Telah Dibuka. Ini Senarai Penerima & Cara Permohonan

Posted on July 12, 2022July 13, 2022 by Admin Gov

Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan One Off TAPEM yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan One Off TAPEM yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan

Bantuan akan diberikan kepada mereka yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat institusi pengajian tinggi, dengan jumlah secara ‘one-off’ sebanyak:

  • Diploma: RM300
  • Ijazah Sarjana Muda: RM400
  • Ijazah Sarjana: RM400
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD): RM400

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Pemohon lahir di negeri Melaka;
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka;
  • Bermastautin di Negeri Melaka;
  • Pengundi di Negeri Melaka;
  • Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT);
  • Permohonan boleh dibuat bagi kemasukan kali pertama untuk setiap satu tahap pengajian sahaja;
  • Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh pendaftaran di IPT;
  • Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa (BUKAN LAHIR DI MELAKA) merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform telah berkhidmat dan telah bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka serta disahkan oleh Majikan dan Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas) /Pengerusi JAPERUN / Penghulu /Sidang;
  • Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak dipertimbangkan;
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mengikut syarat, permohonan tidak di pertimbangkan.

Cara Memohon Bantuan

Untuk mereka yang layak dan berminat, permohonan boleh dilakukan dengan melawati pautan berikut: KLIK SINI

Bagi yang ingin memohon anda perlu mengikuti langkah-langkah yang disediakan seperti di pautan berikut: KLIK SINI

 

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2022
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme