Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Penerima Bantuan BKM Fasa 3 & 4 Layak Menerima Manfaat SKK RM1,000. Ini Syarat Kelayakan & Cara Menuntut

Posted on July 1, 2022August 10, 2022 by Admin Gov

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah  SKK RM1,000 yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai  SKK RM1,000 yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan

  • Amaun Tuntutan – RM1,000 bagi setiap individu yang layak.
  • Tarikh Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) – Mulai 15 April 2022.

Syarat Kelayakan

Permohonan berstatus Lulus BKM 2022 bagi kategori:

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022
  • SKK layak dituntut oleh wakil yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan (bagi permohonan status Kahwin dan pasangan adalah warganegara Malaysia) yang meninggal dunia.
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Tuntutan

  • Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
  • Kad Pengenalan asal wakil; dan
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil.

Cara Tuntutan

Kaedah Tuntutan – Secara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan. Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan SKK BKM 2022 boleh pergi ke pautan berikut: KLIK SINI

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2022
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme