Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

PM Umum Pengeluaran Khas KWSP RM10,000. Ini Penerangan & Cara Daftar Akaun Online

Posted on March 16, 2022 by Admin Gov

Secara umunya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang akan diperkenalkan adalah Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Apakah Pengeluaran Khas KWSP RM10,000?

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak kerajaan telah mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

Ia juga bertitik tolak dengan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, bila mana ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Kebenaran pengeluaran ini sekaligus menjadi kesinambungan kepada pengeluaran-pengeluaran sebelum ini merangkumi i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Pengeluaran tiga skim sebelum ini berjumlah sebanyak RM101 bilion dan melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik melanda negara dua tahun lalu.

Tambah Ismail, perkara ini merupakan sebuah keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Cara Pengeluaran

Maklumat terperinci mengenai pengeluaran akan diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam masa terdekat ini. Ikut laman FB Menteri Kewangan di pautan berikut: https://www.facebook.com/tzafrulaziz

Cara Daftar Akaun KWSP Online

Langkah Mendaftar / Mengaktifkan i-Akaun adalah seperti berikut:

  • Hadir ke mana-mana cawangan atau kios KWSP berhampiran anda
  • Layari laman web www.kwsp.gov.my
  • Pilih ‘Log Masuk’ dan klik i-Akaun (Ahli) ATAU
  • Muat turun aplikasi mobil i-Akaun
  • Masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID dan Kata Laluan Sementara yang diterima melalui SMS
  • Setelah berjaya log masuk, setkan semula ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda
  • Selepas pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
March 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
« Feb   Apr »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme