Jawatan Kosong Terkini Di Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB). Terbuka Kepada Yang Berkelayakan

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Syarikat

Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) merupakan syarikat dalam Kejuruteraan dan Pembinaan, Minyak dan Gas, Hartanah, Konsesi dan Perladangan dengan rekod prestasi terbukti dalam industri sejak 30 tahun lalu di dalam dan luar negara.

Sebagai peneraju industri yang dipercayai, sistem pengurusan kami telah diperakui dengan ISO 9001:2015, ISO 14001:2015 dan OHSAS 18001:2007. Kami kini sedang mencari calon yang dinamik, bermotivasi diri dan berorientasikan keputusan untuk mengisi jawatan berikut.

Jawatan Yang Ditawarkan

Polis Bantuan

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur di antara 21 tahun hingga 35 tahun (lelaki sahaja)
  • Perlu memiliki Sijil Kursus Asas Polis Bantuan
  • Keutamaan yang mempunyai Basic Of First Aider (BOFA), asas mekanik, dan asas pengurusan trafik
  • Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental
  • Tiada sebarang rekod jenayah
  • Mahir dalam penggunaan Microsoft Office Excel dan Word
  • Mempunyai lesen Kenderaan B2 & D
  • Sudah divaksinasi sekurang-kurangnya satu dos

Kemudahan

  • Caruman KWSP & PERKESO
  • Gaji & Elaun
  • Rawatan Kesihatan Percuma (Panel dan Hospital/Klinik Kerajaan)

Cara Memohon Jawatan

Calon-calon yang berminat boleh menghantar resume anda ke recruitment@azrb.com