Jumlah Pendapatan Isi Rumah Rendah. Ini Cara Mohon Bantuan Kewangan YWP RM500-RM5,000

Ramai dalam kalangan kita yang kini terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Pastinya, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah bantuan kewangan YWP yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan YWP yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Apakah Bantuan Kewangan YWP?

Pihak Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah memperkenalkan Skim Bantuan Awal IPT. Ia bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta.

Kadar Bantuan Yang Diterima

Sebelum ini, pihak YWP telah membelanjakan sejumlah RM22.2 juta bagi bantuan pendidikan untuk warga Wilayah Persekutuan.

Bantuan Awal untuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) diberikan dalam bentuk one-off antara RM500 sehingga RM5,000 kepada para pelajar dari keluarga berpendapatan rendah yang berjaya melanjutkan pengajian ke universiti dalam atau pun luar negara.

Maklumat lanjut boleh dibaca di pautan berikut: https://www.journalmalaysia.com/2021/05/08/rm22-2-juta-dibelanjakan-ywp-untuk-pendidikan/

Syarat Kelayakan Permohonan

Kategori 1:

Syarat Permohonan bagi yang berusia 21 tahun ke bawah adalah seperti berikut :

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  • Menetap di Wilayah Persekutuan.
  • Pendapatan perkapita RM1,000 ke bawah.
  • Ibu / bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan atau pemohon lahir di Wilayah Persekutuan.

atau

Kategori 2:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  • Menetap di Wilayah Persekutuan.
  • Pendapatan perkapita RM1,000 ke bawah.
  • Pemohon merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.
  • Syarat pemohon lahir di Wilayah Persekutuan tidak diwajibkan

Syarat Wajib

  • Pemohon yang masih menuntut di semester 1, tahun pertama sahaja yang layak memohon.
  • Kursus pengajian adalah bagi peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran (PhD) sepenuh masa sahaja

Cara Memohon Bantuan

Bagi mereka yang layak dan berminat untuk memohon, permohon boleh dilakukan secara atas talian dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Layari laman sesawang berikut: http://yes.yayasanwp.org.my/index.php (KLIK SINI)
  2. Klik butang ‘Daftar Baru” dan lengkapkan semua maklumat
  3. Log Masuk untuk membuat permohon
  4. Baca syarat lengkap permohon di pautan berikut: http://yes.yayasanwp.org.my/SyaratSkimBantuanAwal.pdf (KLIK SINI)