Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian) N19. Gaji Ditawarkan RM1,352 – RM4,003

Posted on January 8, 2022 by Admin Gov

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Institut Koperasi Malaysia di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Agensi

Institut Koperasi Malaysia yang dahulunya menggunakan akronim IKM kini dikenali sebagai IKMa sejajar usaha memperkukuhkan peranan institut itu sebagai pusat latihan dan pembangunan modal insan koperasi di Malaysia.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

  • 2 Kekosongan

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau
SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau
SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon Jawatan

Memohon jawatan melalui mana-mana kaedah berikut:

  1. Portal eJawatan IKMa iaitu: http://ejawatan.ikma.edu.my/spp/login.cfm
  2. Portal MYFutureJobs iaitu: https://www.myfuturejobs.gov.my/
  3. Emel kepada: [email protected] sama ada menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh didapati di Laman web www.ikma.edu.my atau menghantar RESUME beserta salinan sijil yang telah disahkan.

Tarikh tutup permohonan pada 20 Januari 2022.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2022
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme