Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Kekosongan Jawatan Di Jabatan Kerajaan Ini. Gaji Diberikan Bermula RM2,000

Posted on December 1, 2021 by Admin Gov

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Kerajaan berikut mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Jabatan

Jabatan Biokeselamatan telah ditubuhkan pada tahun 2010 sebagai jabatan Persekutuan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, melalui penarafan Pasukan Teras Biokeselamatan yang ditubuhkan pada tahun 2008.

Jabatan ini adalah pihak berkuasa utama negara untuk semua aktiviti yang berkaitan dengan biokeselamatan/bioteknologi moden dan memantau semua aktiviti yang berkaitan dengan organisma hidup yang diubah suai (LMO) dan produk organisma sedemikian.

Jawatan Yang Ditawarkan

MySTEP Gred 41

  • Kadar upah: RM2,000
  • Lantikan: Kontrak
  • Kemudahan: Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP
  • Tempat bertugas: W.P. Putrajaya

Syarat Kelayakan

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains
  • Warganegara Malaysia (Berumur tidak kurang dari 40 tahun)
  • Kepujian Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
  • Komited, kreatif & boleh bekerja dalam pasukan
  • Mahir dalam perisian Microsoft Office (Word, Powerpoint, Excel) dan
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang berpengalaman dalam pengurusan projek kerajaan

Cara Memohon

Calon yang layak dipelawa untuk mengemukakan dokumen seperti berikut:

  • Curriculum Vitae
  • Satu (1) keping gambar passport dan
  • Salinan ijazah/sijil dan dokumen sokongan yang disahkan

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Pengarah Jabatan Biokeselamatan
Kementerian Alam Sekitar dan Air
Aras 4, Blok F11, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Atau emel kepada: [email protected] & [email protected]

Tarikh tutup permohonan pada 14 Disember 2021.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
December 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Nov   Jan »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme