Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

4 Kekosongan Jawatan Di Badan Kerajaan Ini. Gaji Ditawarkan RM54 – RM100 Sehari

Posted on November 29, 2021 by Admin Gov

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak syarikat di bawah Badan Kerajaan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Badan Kerajaan

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ialah sebuah badan amanah yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussin, YAB Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 1 Muharam 1394, iaitu 25 Januari 1974 yang bertujuan menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta NGO agar berjalan seiring dan sejajar dengan dasar negara serta menjadi pemangkin ke arah penyebaran dakwah di Malaysia.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Gred (41)

  • Satu (1) Kekosongan
  • RM100.00 sehari

Gred (29)

  • Satu (1) Kekosongan
  • RM72.00 sehari

Gred (19)

  • Dua (2) Kekosongan
  • RM54.00 sehari

Syarat Kelayakan

  • Memiliki sekurang-kurangnya SPM, STPM, Diploma & Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • KEUTAMAAN BAGI YANG MEMILIKI PENGALAMAN KERJA-KERJA AKAUN/ MEMPUNYAI SIJIL AKAUN/ KEWANGAN

Cara Memohon

  • Permohonan jawatan boleh dibuat secara online/google form melalui link https://forms.gle/Dqsezpu5AbsCoz4JA
  • Pemohon mestilah memuat naik resume, gambar terkini berukuran passport, Salinan surat beranak, kad pengenalan, salinan sijil-sijil
    berkaitan yang telah disahkan ke email [email protected]
  • Tarikh tutup iklan pada 3 Disember 2021 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme