Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Kementerian Umum Caruman Terbaru Ahli Akan Dimasukkan Ke Dalam Akaun 1 Dahulu. Ini Sebabnya

Posted on November 28, 2021 by Admin Gov

Seperti yang kita semua tahu, pihak kerajaan telah membenarkan pelbagai jenis pengeluaran KWSP sebelum ini bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Namun begitu, kegusaran mula timbul apabila tinggal beberapa peratus sahaja ahli atau pencarum yang akan mempunyai dana yang cukup untuk digunakan selepas persaraan.

Caruman Baharu Akan Ke Akaun 1 Dahulu

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah, menjawab di dalam dewan rakyat bahawa caruman baharu ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membuat pengeluaran dana, akan dikreditkan dahulu ke Akaun 1 sepenuhnya.

Ia akan diteruskan sehingga keseluruhan jumlah diambil itu dapat diganti semula. Pecahan caruman ahli terbabit kemudian akan kembali kepada 70 peratus ke Akaun 1 dan 30 peratus ke Akaun 2.

Perkara ini dilakukan sebagai usaha kerajaan untuk menambah baik simpanan ahli yang telah membuat pengeluaran melalui skim i-Sinar dan i-Citra bagi meringankan beban ditanggung berikutan impak pandemik COVID-19.

Salain itu, berdasarkan statistik semasa dan mengambil kira pengeluaran skim i-Sinar serta i-Citra, hanya 27 peratus daripada ahli aktif berumur 18 hingga 55 tahun dijangka mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi kuantum simpanan asas ditetapkan mengikut umur.

Apakah Fungsi Akaun 1 KWSP?

Simpanan di dalam Akaun 1 ini adalah bertujuan untuk kegunaan selepas bersara dan pelaburan kita sahaja. Jadi, simpanan di dalam Akaun 1 ni sama sekali tidak boleh diusik atau dalam erti kata lain tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya sebelum kita mencecah umur 55 tahun.

Disarankan agar anda meletakkan penama, jika tidak nanti waris akan mempunyai masalah untuk membuat tuntunan. Penama boleh terdiri daripada suami/isteri/ayah/ibu/anak atau individu yang kita nak wariskan harta kita.

Anda juga dibenarkan untuk melabur sebahagian daripada simpanan ini di atas kerelaan diri sendiri.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme