Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

4 Kekosongan Jawatan Di Agensi Kerajaan Ini. Tarikh Tutup Permohonan Pada 1 Disember 2021

Posted on November 17, 2021November 17, 2021 by Admin

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Institut Bioteknologi Kebangsaan (NIBM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Agensi

Institut Bioteknologi Kebangsaan (NIBM) yang ditubuhkan pada 27 Januari 2012 adalah sebuah konsortium institut-institut bioteknologi kebangsaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi beroperasi sebagai syarikat berhad dengan jaminan untuk menerajui penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pengkomersilan bioteknologi moden.

Konsortium ini terdiri daripada tiga Institut iaitu Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) di Serdang, Selangor, Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm) di Gelugor, Pulau Pinang, dan Institut Genom Malaysia (MGI) di Bangi, Selangor.

Jawatan Yang Ditawarkan

Penolong Pegawai Teknologi

  • 4 kekosongan
  • Gred 15 – Jawatan kontrak
  • Lokasi: Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm), Pulau Pinang

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
  • Terlatih dalam penggunaan peralatan seperti Cage and Rack Washer, bottle washing station dan sterilizers serta animal handling and
    husbandry merupakan satu kelebihan.

Cara Memohon

Calon-calon yang memenuhi keperluan dan syarat-syarat kelayakan yang tertera di atas dipelawa menghantar resume yang lengkap dengan menyertakan butir-butir peribadi, kelayakan serta pengalaman, nombor telefon untuk dihubungi, salinan sijil-sijil berkaitan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

JABATAN SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN,
NATIONAL INSTITUTES OF BIOTECHNOLOGY MALAYSIA,

Pejabat Pentadbiran, Aras 1,
Kompleks Agro-Biotechnology Institute (ABI),
d/a Ibu Pejabat MARDI, 43400 Serdang, Selangor.

Tel: 03-8949 5620
Emel:[email protected]

Tarikh tutup permohonan pada 1 Disember 2021

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme