Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Keliru dengan BKM? Ini jumlah sebenar yang akan dibayar kepada setiap kategori penerima

Posted on November 1, 2021 by Admin

Selepas pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat lalu, antara yang menjadi perbualan ramai adalah berkenaan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Ini kerana, pada awalnya ramai menyangka bantuan ini tidak melibatkan golongan bujang dan hanya terhad kepada isi rumah yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah sahaja.

Bagaimanapun, pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) selepas itu tampil menjelaskan pelaksanaan sebenar BKM di bawah Bajet 2022.

Bayaran BKM setiap kategori

Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 dan ke bawah)

  • Mempunyai lebih 3 orang anak: RM2,000
  • Mempunyai 1 ke 2 orang anak: RM1,500
  • Tidak mempunyai anak: RM1,000

Isi rumah (berpendapatan RM2,501 – RM5,000)

  • Mempunyai lebih 3 orang anak: RM800
  • Mempunyai 1 ke 2 orang anak: RM600
  • Tidak mempunyai anak: RM400

Ibu/bapa tunggal & Warga Emas isi rumah (berpendapatan RM2,500 dan ke bawah)

  • Ibu/bapa tunggal: RM500
  • Warga Emas: RM300

Warga Emas bujang/tiada pasangan (berpendapatan kurang RM5,000)

  • Warga Emas bujang/tiada pasangan: RM600

Bujang (berpendapatan RM2,500 dan ke bawah)

  • Bujang (<RM2,000): RM350

Melalui BKM, ia akan melibatkan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion dan bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima.

“Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.

“Bantuan tunai langsung itu ditambah baik dengan memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan,” Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Bajet 2022 boleh dirujuk – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme