Jawatan Kosong Polis Bantuan di PETRONAS ~ Minima SPM, terbuka di pelbagai lokasi

Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum mengemukakan sebarang permohonan.

Kepada yang sedang mencari pekerjaan, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah info kekosongan jawatan yang ditawarkan:

Info Jawatan

POLIS BANTUAN

Lokasi: Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Tahap kesihatan yang baik serta tiada kecacatan fizikal;
  • Tiada rekod jenayah dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah;
  • Berumur tidak kurang dari 20 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh iklan ditutup;
  • Kelayakan minima lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia;
  • Mempunyai ukuran fizikal dan keupayaan pancaindera seperti berikut:
    • Tinggi (tidak bersepatu) – sekurang-kurangnya 165 sm bagi (L) atau 160 sm bagi (W);
    • Berat Badan – sekurang-kurangnya 54 kg bagi (L) atau 46 kg bagi (W);
    • Ukur lilit Dada – sekurang-kurangnya 81 sm dan 86 sm semasa menarik nafas penuh bagi (L) sahaja;
    • BMI 20 – 30;
    • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan mata kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa mengunakan cermin mata atau kanta lekap dan tidak buta warna.

Cara Memohon

Bagi yang berminat dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) DI SINI.

Calon disarankan untuk memohon jawatan yang selaras dengan kelayakan dan memberikan maklumat tepat serta benar di sistem berkenaan.

Hanya calon yang melepasi tapisan dan menepati syarat-syarat kelayakan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 14 Oktober 2021. 

Iklan rasmi kekosongan, boleh dirujuk – DI SINI.

110 thoughts on “Jawatan Kosong Polis Bantuan di PETRONAS ~ Minima SPM, terbuka di pelbagai lokasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *