Jawatan Kosong terkini dibuka di KWSP ~ Kelayakan minima SPM, Gaji sehingga RM2,800

Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum mengemukakan sebarang permohonan.

Kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah info kekosongan jawatan yang ditawarkan:

Info Jawatan

PENGAWAL KESELAMATAN

  • Taraf jawatan: Sepenuh Masa
  • Gaji: RM2,000 – RM2,800
  • Penempatan: Kuala Lumpur

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur di antara 19 tahun hingga 30 tahun
  • Memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan subjek Sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Bekas anggota Polis Diraja Malaysia/ Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan serta sekurang-kurangnya telah berkhidmat selama sepuluh (10) tahun dengan rekod perkhidmatan yang baik dan tidak berumur melebihi 45 tahun
  • Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik
  • Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah atau dadah

Calon mestilah mempunyai ukuran badan dan ciri fizikal seperti berikut:

  • LELAKI
    • Ketinggian minimum (tidak berkasut): 165 cm
    • Berat badan minimum: 50 kg
    • Ukuran dada: Sekurang-kurangnya 81cm (biasa) dan 86 cm (semasa menarik nafas)
    • Indeks Jisim Badan (Body Mass Index): Antara 19 hingga 25
    • Lulus ujian bagi mata kiri dan Kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak buta warna.
  • WANITA
    • Ketinggian minimum (tidak berkasut): 163 cm
    • Berat badan minimum: 48 kg
    • Indeks Jisim Badan (Body Mass Index): Antara 19 hingga 25
    • Lulus ujian bagi mata kiri dan Kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak buta warna.

Bidang Tugas

  • Menguatkuasakan Polisi dan Arahan Keselamatan KWSP terhadap anggota dan ahli KWSP yang mengunjungi bangunan/ pejabat KWSP
  • Melaporkan sebarang kejadian yang melanggar peraturan KWSP mengikut saluran tertentu dan menjalankan penyiasatan sewajarnya
  • Menjalankan tugas dengan penuh berhemah dan sentiasa mengamalkan sikap hormat menghormati tetapi hendaklah bertindak cepat dan cergas apabila berlaku kejadian yang melanggar Polisi dan Arahan Keselamatan KWSP
  • Memantau sistem Kad Akses selepas waktu pejabat
  • Bersedia melaksanakan segala tugas yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari masa kesemasa mengikut keperluan
  • Bertugas di penempatan yang ditetapkan oleh Penyelia Keselamatan
  • Bersedia untuk bertugas lebih masa apabila diarahkan oleh Penyelia Keselamatan
  • Bersedia untuk bertugas di mana-mana bangunan KWSP atau mana-mana tempat yang diarahkan oleh pihak pengurusan

Cara Memohon

Bagi yang berminat dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) DI SINI.

Calon disarankan untuk memohon jawatan yang selaras dengan kelayakan dan memberikan maklumat tepat serta benar di sistem berkenaan.

Hanya calon yang melepasi tapisan dan menepati syarat-syarat kelayakan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Iklan rasmi kekosongan, boleh KLIK SINI.

One thought on “Jawatan Kosong terkini dibuka di KWSP ~ Kelayakan minima SPM, Gaji sehingga RM2,800

  • October 2, 2021 at 11:43 pm
    Permalink

    A lot of thanks for your whole labor on this blog. Debby loves working on investigations and it’s really simple to grasp why. My partner and i learn all about the lively tactic you convey very useful tips through the website and as well strongly encourage response from some other people on that concept while our princess has been becoming educated a great deal. Enjoy the remaining portion of the new year. You’re the one carrying out a great job. blog
    I always use url shortener
    It is very helpful.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *