Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Ini Cara Tebus Pembayaran BPR Fasa 3 Di Bank BSN ~ Semak Sekarang!

Posted on September 30, 2021 by ADMIN AA

Untuk pengetahuan semua pembayaran Bantuan Prihatin (BPR) 2021 fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun dan pembayaran tunai telah pun bermula pada 28 September lalu secara berperingkat-peringkat.

Kami kongsikan kepada anda cara penebusan bayaran melalui BSN.

Cara Tebus Pembayaran BPR Fasa 3 Di BSN

Untuk pembayaran secara tunai, penerima perlu untuk membawa kad pengenalan  ketika hadir ke Cawangan BSN

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BPR Fasa 3.

Jumlah Bayaran Yang Diterima

Kategori bujang tidak akan menerima bayaran pada Fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan jumlah bayaran pada Fasa 1 dan Fasa 2.

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima pada BPR Fasa 3 mengikut kategori Isi Rumah:

Pendapatan Isi Rumah < RM2,500

  • Kurang dari 1 anak: RM500
  • 2 anak dan ke atas: RM1,100

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM4,000

  • Kurang dari 1 anak: RM200
  • 2 anak dan ke atas: RM600

Pendapatan Isi Rumah RM4,001 – RM5,000

  • Kurang dari 1 anak (Pemohon 60 tahun ke atas): RM200
  • Kurang dari 1 anak: RM100
  • 2 anak dan ke atas: RM200

Cara Membuat Semakan Status Bayaran BPR Fasa 3

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran BPR Fasa 3

  • Log masuk ke laman web BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
  • Tekan butang “Semak Status”
  • Dan status bayaran / permohonan akan dipaparkan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan BPR Fasa 3, anda boleh melayari laman web BPR dan menghubungi LHDNM di:

LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 pagi – 5:00 petang)
MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi 9:00 pagi – 5:00 petang)
Hadir ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Aug   Oct »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme