Jawatan Terkini Kementerian Kerja Raya – Gaji RM1,377 Sehingga RM4,052

 

Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.

 

MAKLUMAT JABATAN

Nama Jabatan
Kementerian Kerja Raya

Deskripsi Jabatan
Mengkaji, merancang, menilai dan menggubal dasar – dasar baharu untuk industri pembinaan (infrastruktur dan bangunan) selaras dengan pembangunan negara.

Lokasi Jabatan
Kementerian Kerja Raya, Tingkat 1-14, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

 

MAKLUMAT JAWATAN

Nama Jawatan
Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19

Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab melukis, menyurih pelbagai pelan berkaitan lukisan arkitek, rangka bina, perspektif, rajah pembentukan besi, keratan rentas, kontur dan lain-lain berkaitan.

Syarat Dan Kelayakan

1. Syarat Umum

(a) Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

2. Syarat SPM Atau Sijil

a. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut.

b. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji Yang Ditawarkan

1. Gaji Permulaan Peringkat SPM : RM1,377.00 (Gred JA19)
2. Gaji Permulaan Peringkat SPM Dan SKM Tahap 2 : RM1,435.12 (Gred JA19)
3. Gaji Permulaan Peringkat SPM Dan SKM Tahap 3 : RM1,493.24 (Gred JA19)

Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila layari laman web rasmi SPA pada pautan berikut – Mohon Disini

Tarikh Tutup Permohonan
27 Jun 2021

Iklan Penuh Permohonan – Rujuk Disini

 

Related Posts