Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Pinjam kereta, tapi tinggalkan di tepi jalan: Majikan berang, bakar motosikal pekerja

Posted on June 16, 2021 by Admin

Seorang majikan di Tasek Gelugor ditahan pihak polis kerana bertindak khianat apabila membakar motosikal pekerjanya.

Suspek yang berusia 40 tahun itu dikatakan bertindak sedemikian selepas berang terhadap seorang pekerjanya yang tidak menjaga dengan elok kereta yang dipinjamkannya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata – pada mulanya suspek meminjamkan kereta kepada pekerjanya itu yang mahu berjumpa dengan kawannya di Kubang Menerong.

Bagaimanapun, pekerja berkenaan mendakwa kereta tersebut kehabisan minyak dan meninggalkannya di tepi jalan.

“Keesokannya, pekerja dan majikannya itu pergi untuk mengambil semula kereta tersebut namun masih tidak dapat dihidupkan walaupun diisi minyak.

“Akibatnya, suspek yang berang ke tempat letak kenderaan di kilang memproses ayam tempat mereka bekerja dan membakar motosikal pekerjanya sehingga tinggal rangka,” – Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.

Kebakaran motosikal yang terjadi pada jam 6 petang Selasa lalu itu hanya disedari pekerja berkenaan selepas majikannya menghantar gambar motosikal tersebut yang sedang terbakar kepadanya lalu membuat laporan polis.

Kejadian itu turut dilihat oleh ibu dan jiran suspek, tapi mereka gagal untuk menghalangnya dari melakukan hal itu.

Pihak polis kini menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

“Siasatan mendapati motosikal itu ditinggalkan mangsa di tempatnya bekerja sejak minggu lalu kerana mengalami kerosakan,” – Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor .

Sumber: Utusan Malaysia.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« May   Jul »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme