Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Permohonan Dibuka di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera: Terbuka di Beberapa Buah Negeri

Posted on June 5, 2021June 5, 2021 by Admin

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) ditubuhkan melalui Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera, 1994 di bawah kuasa Seksyen 23 Akta Tabung Angkatan Tentera 1973. Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera 1994 ini kemudiannya diwartakan pada 25 Ogos 1994 dan berkuatkuasa mulai 30 Ogos 1994.

Fungsi utama PERHEBAT adalah menjalankan dan menguruskan apa-apa bentuk aktiviti yang berhubungan dengan program latihan bagi Personel Bersara dan Personal Akan Bersara; dan ,engadakan kemudahan latihan dan mengawal serta mengawasi pelaksanaan program latihan itu.

Selaras dengan peranannya itu, kini PERHEBAT mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan yang dibuka.

Maklumat jawatan kosong:

PENGAJAR KEUSAHAWANAN

  • Kontrak untuk Perkhidmatan (Contract For Service)
  • Terbuka di Kedah, Sabah dan Sarawak

Syarat-syarat kelayakan:

  • Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Keusahawanan dari mana-mana Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan selama tiga (3) tahun;
  • Mempunyai Sijil Mengajar;
  • Berkemahiran baik dalam komunikasi & penulisan (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris);
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang bermastautin di negeri berkenaan.

Umur pemohon:

  • Calon mestilah berumur tidak melebihi 35 tahun mulai tarikh tutup iklan.

Cara memohon:

Iklan penuh kekosongan jawatan boleh didapati DI SINI. Manakala, semua permohonan hendaklah disertakan dengan:

  • Salinan Kad Pengenalan,
  • Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D92) bagi bekas tentera,
  • Sijil SPM/Sijil PMR/Ijazah/Diploma/Sijil serta transkrip dan
  • lain-lain dokumen yang berkaitan.

Setiap salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan/Badan Berkanun/Ketua Kampung/Pengetua/Guru Besar/Pesuruhjaya Sumpah). Resume, surat permohonan dan salinan dokumen kemudiannya hendaklah diemelkan kepada: [email protected]

…..

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« May   Jul »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme