Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Permohonan Dibuka Bagi Pelbagai Jawatan di Lembaga Pelabuhan Klang 2021. Kelayakan Minima SPM

Posted on May 6, 2021May 6, 2021 by Admin

Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) ialah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 1 Julai 1963 bagi mengambil alih pentadbiran Pelabuhan Klang daripada Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Melalui penswastaan kemudahan-kemudahan operasi dan perkhidmatan-perkhidmatan pelabuhan terbahagi kepada 3 entiti yang berbeza di bawah 3 siri penswastaan yang berasingan, Lembaga Pelabuhan Klang telah mempertingkatkan peranannya sebagai pemudahcara perdagangan, mengawalselia dan sebagai tuan tanah.

Antara fungsi-fungsinya ialah:

  • Perancangan dan pembangunan pelabuhan
  • Mengawal selia perjalanan kemudahan-kemudahan perkhidmatan penswastaan
  • Kemudahan perdagangan
  • Pengurusan harta
  • Penguatkuasa zon bebas

Lembaga Pelabuhan Klang mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan-jawatan yang ditawarkan

  • PENOLONG PEGAWAI TADBIR (JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEROLEHAN)
    • Gred: N29 (Tetap)
    • Gaji: RM1,493.00 – RM5,672.00
    • Kadar kenaikan gaji tahunan: RM145.00
  • PENOLONG PEGAWAI TADBIR (JABATAN AUDIT DALAM)
    • Gred: N29 (Kontrak)
    • Gaji: RM1,493.00 – RM5,672.00
    • Kadar kenaikan gaji tahunan: RM145.00

Kelayakan Akademik

Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Syarat Lantikan

  • (a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    • (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • (ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • (iii) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
  • DAN
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • (Keutamaan adalah diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dan pengalaman dalam bidang Kewangan, Perolehan dan Pengauditan)

Cara Memohon

  1. Borang permohonan jawatan kosong boleh diperolehi dari Jabatan Sumber Manusia, Lembaga Pelabuhan Kelang atau dimuat turun melalui laman web LPK di www.pka.gov.my. (muat turun borang)
  2. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Ijazah, Diploma, Sijil-Sijil Persekolahan, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran dan lain-lain kelayakan yang berkaitan.
  3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada [Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Kelang, Beg Berkunci 202, Jalan Pelabuhan Utara, 42005 Pelabuhan Klang. [u.p. Pengurus Kanan (Sumber Manusia)].
  4. Sila catitkan nama jawatan yang dipohon di tepi atas kiri sampul surat permohonan. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 19 Mei 2021

……

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2021
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme