Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir dibuka di bawah SPA – Tarikh Tutup pada 25 April 2021

Posted on April 20, 2021April 20, 2021 by Admin

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ditubuhkan pada 31 Ogos 1957,bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu. Tugas utama suruhanjaya ini adalah bagi melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota perkhidmatan awam di negara ini.

Selaras dengan tugasnya itu, kini SPA telah membuka kekosongan jawatan sebagai PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 dengan 5 KEKOSONGAN di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Syarat kelayakan jawatan:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)

Cara permohonan:

Permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian di laman: https://spa9.spa.gov.my/login dengan mendaftar dahulu di laman berkenaan sebelum permohonan boleh dibuat.

Pemohon juga dikehendaki mengisi maklumat diri dan pendidikan yang tepat. Kegagalan berbuat demikian boleh membuatkan permohonan dibatalkan.

Permohonan ditutup pada 25 April 2021 (11:59 malam).

_____

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
April 2021
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« Mar   May »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme