Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Permohonan dibuka: Program Rumah Mampu Milik Residensi Prihatin

Posted on February 25, 2021March 5, 2021 by Admin

Permohonan Residensi Prihatin kini dibuka. 40,000 unit rumah akan dibangunkan di 3 lokasi Wilayah Persekutuan (20,000 di KL, 15,000 di Putrajaya dan 5,000 di Labuan). Projek ini adalah di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. Residensi Prihatin merupakan satu program perumahan mampu milik baharu yang membantu golongan berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan memiliki rumah yang selesa dan berkualiti.

YB Tan Sri Annuar Hj Musa, Menteri Wilayah Persekutuan telah melancarkan Residensi Prihatin secara virtual live melalui Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia. Berumur 18 tahun ke atas
  • Keutamaan kepada pemohon yang lahir atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
  • Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun
  • Pendapatan kasar isi rumah pemohon tidak melebihi RM5,000 sebulan
  • Permohonan rumah pertama sahaja
  • Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residensi Prihatin

Fasa Pertama Residensi Prihatin

Fasa pertama Residensi Prihatin Kenanga dan Melur, kedua-duanya di Putrajaya. Berikut spesifikasi Residensi Kenanga:

  • Harga: RM200,000
  • Bilangan unit: 984
  • Keluasan: 750 kps

Manakala Residensi Melur:

  • Harga: RM200,000
  • Bilangan unit: 688 unit
  • Keluasan: 750 kps

Garis Panduan Permohonan

  1. Pemohon hendaklah mendaftar akaun dan selepas mendaftar, pemohon hendaklah melengkapkan profil peribadi terlebih dahulu sebelum memohon projek.
  2. Sekiranya anda telah memohon projek Residensi Wilayah (dahulunya di kenali RUMAWIP) anda tidak boleh lagi memohon projek Residensi Prihatin.
  3. Pemohon yang telah berdaftar dan memilih projek DIWAJIBKAN untuk memuatnaik dokumen sokongan dalam portal Residensi Prihatin. Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:

4. Untuk semakan status permohonan semasa, pemohon boleh log masuk ke Portal RESIDENSI PRIHATIN.

5. Keputusan permohonan sama ada Berjaya atau Tidak Berjaya atau Tidak Lengkap setelah disemak oleh Urus Setia akan diemel ke alamat emel pemohon

Cara Mohon

Pendaftaran telah dibuka sejak 23 Feb 2021. Permohonan boleh dibuat di ===> Permohonan Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme